nuffnang

muahhh

Hey korang! mari beri makan kepada ternakan saya..! Anak-anak IKAN saya lapar..heee...terimakasih..

Hey si Cantek! mari beri makan kpd ternakan saya..! tq

Sunday, June 3, 2012

E.R.A.T





Mempunyai seorang sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.

Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.

Persahabatan tidak terjalin secara langsung tetapi memerlukan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya.

Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka, dihibur - disakiti, diperhatikan - dikecewakan, didengar - diabaikan, dibantu - ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian.
Childhood Best-friends
athirah,anis,miza and marlisa(not there)

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, tetapi kerana kasihnya ia memberanikan diri menegur apa sepatutnya.

Sahabat tidak pernah membalas pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mahu berubah.

Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih dari orang lain, tetapi mampu berinisiatif memberi dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh sahabatnya.

Diploma's Close Friends
aynal,yus,ema,azie,nana,ain,zana.(sorry for who not there)
Kerinduannya menjadi sebahagian dari kehidupan sahabatnya, kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egois.

Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya.

Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.

Ingatlah bila kali terakhir anda berada dalam kesulitan. Siapa yang berada di samping anda ??

Bachelor Degree's Shahabah
nabil,seha,ayu,susan,shah,nizar n anam
Siapa yang mengasihi anda saat anda merasa tidak dicintai ??

Siapa yang ingin bersama anda saat anda tak boleh memberikan apa-apa ??

MEREKALAH SAHABAT ANDA

Hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka.

**Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita **



Doa buat kalian yang bernama sahabat

Ya Allah..
panjangkanlah umur sahabatku, kurniakanlah kesihatan yang baik
padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman..

Ya Allah..
tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah
hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah
hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat...

Ya Muhaimin..
jika dia jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta
nafsu.

Ya Rabbana..
jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan
hatinya pada Mu..

Ya Rabbul Izzati..
jika dia rindu, rindukanlah dia
pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu..

Ya Muhaimin..
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia ke jalan Mu..

Ya Allah Yang Tercinta..
jika Engkau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta
hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk Mu

Ya Allah..
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan
kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak..

Ya Rabbul Izzati..
bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau bahagiakan
hati hamba Mu yang lain... AMEEN...


**Semoga terus maju dan Selamat Berjaya dimeja peperiksaan dan di kehidupan yang akan datang. Semoga Persahabatan ini membawa kita bertemu di Jannah Allah. InshaAllah**

Tuesday, February 7, 2012

Coretan Rasa Berjiwa



Monolog jiwa

Bersepah-sepah makhluk dunia bercerita tentang cinta, bahkan kanak-kanak seawal usia sembilan seperti sahaja sudah faham benar maknanya. Tidaklah pernah insan sekerdil aku menolak cinta cuma, ruang-ruang yang tercipta ini ku sering rasa seakan-akan tidak pernah mengizinkanku bercerita mengenainya. Bayangkan sahaja bercinta di waktu aku masih bergelar pelajar. Parah. Belanja kemana, berjumpa bermesra menghabis masa sampaikan mungkin terlupa pesanan sang pencipta. 

Aku juga insan biasa yang tidak akan terlepas daripada keinginan manusia yang membuak-buak. Ingin rasa dimanja, disayang. Bohong benar jika aku tidak berkeinginan sebegitu, cuma cara yang terbaik untukku  tidak terjebak adalah berpesan-pesan pada diri, pada hati yang Kau punya keluarga yang sayang yang cinta akan kau sepenuh hati. Syukurlah, kasih sayang, cinta keluarga cukup bagiku di kala ini. Biarlah juga cinta pertamaku hanya untuk penciptaku.


Tenang hati syukur kepadamu Ilahi

FIFA :)